Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari kerana cuaca ketika ini panas. Foto hiasan Envato.

23 kes strok haba direkodkan setakat ini – KKM

ByBernama

PUTRAJAYA, 16 Mac: Sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal tahun ini hingga Isnin, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dalam sidang media selepas majlis Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di sini pada Jumaat, beliau berkata kes berkenaan dilaporkan di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang.

“Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita,” katanya.

Daripada jumlah kes dilaporkan, Dr Muhammad Radzi berkata hanya satu kes di Langkawi melibatkan pesakit dirujuk ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ada satu kes masuk ke ICU sehingga memerlukan bantuan pernafasan tetapi ia dapat diselamatkan sebab dia datang awal,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri daripada terdedah secara terus dengan cahaya matahari kerana cuaca ketika ini panas.

“Apa yang penting sekarang ini mengenai strok haba adalah ia sesuatu yang kita dapat elakkan. Formulanya senang sahaja iaitu kita perlu mengelakkan terdedah kepada haba tersebut.

“Katakanlah kita terpaksa juga pergi, anda kena mengambil langkah sebaiknya seperti guna payung, pakai baju yang menutupi badan semuanya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan