Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama dif-dif kenamaan ketika Majlis Berbuka Puasa bersama penjawat awam negeri, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih Berjemaah di Atrium Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Premier Sarawak, penjawat awam negeri berbuka puasa bersama pelajar dari Petra Jaya

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 15 Mac: Seramai 100 pelajar dari 12 sekolah rendah dan enam buah sekolah menengah di sekitar Petra Jaya diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Usai berbuka puasa, Abang Johari menyempurnakan penyerahan sumbangan ikhlas Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) kepada para pelajar.

Antara Sekolah Kebangsaan (SK) yang terlibat ialah SK Astana, SK Encik Buyong, SK Rakyat Tupong, SK Gita, SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hasan, SK Merpati Japang, SK Rakyat, SK Rancangan Perumahan Rakyat, SK Semariang, SK Semerah Padi, SK Siol Kanan dan SK TS Datuk Dr. Hj. Sulaiman Daud.

Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) pula melibatkan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdilla, SMK A Tun Ahmad Zaidi, SMK Demak Baru, SMK Petra Jaya, SMK Semerah Padi, dan SMK Tunku Abdul Rahman.

Majlis turut dihadiri barisan Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Ketua-ketua jabatan, serta penjawat awam negeri.

Seterusnya, Abang Johati bersama jemputan lain yang beragama Islam menunaikan solat Magrib, Isya’ dan solat Tarawih berjemaah di Surau Aras 1 DUN yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Speaker Dewan merangkap ADUN Muara Tuang, Dato’ Idris Buang, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta jemputan lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan