KUALA LUMPUR, 15 Mac: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memaklumkan pihaknya sedang giat memajukan Projek Kasawari Tangkapan Simpanan Karbon (CCS), Sarawak.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, syarikat minyak dan gas negara itu juga akan berusaha meningkatkan nilai tambah projek tenaga boleh baharu dan hidrogen.
Pelaburan modal domestik Petronas meningkat, libatkan projek di Sarawak, Sabah
Pada masa sama katanya Petronas akan terus komited meneruskan inisiatif untuk penyelesaian tenaga lebih bersih.
“Petronas sentiasa mendukung amalan pengurusan dan disiplin kewangan yang berhemat, memperkukuh komitmen pengurangan pelepasan karbon dalam perniagaan teras dan meneruskan inisiatif untuk penyelesaian tenaga lebih bersih,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan 2023 di sini hari ini.
Pelaburan modal domestik Petronas meningkat, libatkan projek di Sarawak, Sabah
Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, CCS di luar pesisir Bintulu yang diusahakan oleh Petronas Carigali akan menjadi salah satu projek CCS luar pesisir terbesar dunia apabila siap sepenuhnya.
Bagi 2024 kata Tengku Muhammad Taufik syarikat telah melakar kemajuan dalam memenuhi sasaran jangka masa pendek untuk mengehadkan pelepasan karbon pada 49.5 juta tan setara karbon dioksida pada tahun ini dalam operasi domestik.
Pelaburan modal domestik Petronas meningkat, libatkan projek di Sarawak, Sabah
Sementara itu, Petronas mengambil keputusan untuk mengurangkan operasinya di Mexico dengan menarik keluar penglibatan di lapan blok penerokaan luar pesisir di sana.
“Ini susulan landskap industri minyak dan gas yang sangat tidak menentu selain berdepan cabaran kos.
“Keputusan itu adalah sebahagian daripada latihan pengukuhan portfolio biasa kumpulan,” jelasnya. -TVS