Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Petronas, Liza Mustapha. Foto Alex Teo (TVS).

Petronas bayar dividen RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan membuat pembayaran dividen sebanyak RM32 bilionĀ  kepada kerajaan pada tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Petronas, Liza Mustapha memaklumkan Lembaga Pengarah telah meluluskan pembayaran berkenaan semalam.

ā€œIa akan dibayar pada tempoh antara April hingga Disember,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan 2023 di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas,Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, pada tahun lepas syarikat itu membayar dividen sebanyak RM40 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.

Petronas umum untung bersih RM80.7 bilion bagi 2023

“Bagi tempoh sama, syarikat turut menyumbang RM2 bilion kepada dana Kumpulan Wang Amanah Negara,” katanya.

Tambah beliau, pada 2022, Petronas telah membuat pembayaran dividen sebanyak RM50 bilion.

Sebelum ini Kementerian Kewangan menerusi Laporan Tinjauan dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024 menjangkakan dividen tahunan yang akan diterima daripada Petronas lebih rendah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan