Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (tengah) bersama pengurusan tertinggi Petronas pada majlis pengumuman prestasi kewangan bagi tahun kewangan 2023 di sini hari ini. Foto, Alex Teo (TVS).

Pelaburan modal domestik Petronas meningkat, libatkan projek di Sarawak, Sabah

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Perbelanjaan modal domestik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) meningkat kepada 41 peratus bagi pelaburan terbuka dalam projek Pembangunan Lapangan Gas Kasawari dan Kemudahan Penyerapan karbon dioksida (CO2) di Sarawak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, segmen pelaburan berkenaan turut melibatkan projek gas asli cecair terapung Petronas di Sabah.

Petronas umum untung bersih RM80.7 bilion bagi 2023

Jelas beliau, syarikat membuat pelaburan modal berjumlah RM52.8 bilion pada tahun kewangan 2023 membabitkan projek-projek huluan dan gas .

“Jumlah aset Petronas pula mengukuh kepada RM773.3 bilion sehingga 31 Disember 2023,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan 2023 di sini hari ini.

Sementara itu Tengku Muhammad Taufik memnaklumkan, setakat 31 Disember 2023, ekuiti pemegang saham naik kepada RM443.5 bilion.

“Ia susulan capaian keuntungan oleh pemegang saham,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan