Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penduduk Palestin berjalan melepasi runtuhan bangunan yang musnah akibat pengeboman Israel pada hari kedua Ramadan di Rafah. Foto AFP

Malaysia kecam serangan Israel ke atas pusat pengagihan makanan PBB di Rafah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh Israel ke atas pusat pengedaran makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rafah, Gaza pada 13 Mac.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat,  Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata sekurang-kurangnya seorang kakitangan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) terbunuh dan 22 lagi cedera dalam serangan itu.

Wisma Putra berkata UNRWA adalah agensi yang melindungi jutaan rakyat Palestin dan serangan yang menyasarkan pusat pengedaran makanan agensi PBB itu di Gaza adalah tindakan yang menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan.

“Malaysia mengulangi gesaan agar gencatan senjata serta-merta dan kekal dicapai untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah dan memastikan akses bagi bantuan kemanusiaan tanpa halangan, selamat, mencukupi dan berterusan bagi memastikan makanan,ubat-ubatan, keperluan asasi selamat sampai di seluruh Gaza.

“Keganasan yang melampau oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan serangan terhadap kakitangan dan wartawan PBB mesti dihentikan dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata kegagalan masyarakat antarabangsa untuk bertindak akan menyebabkan kehilangan nyawa yang lebih ramai dan menambahkan lagi penderitaan rakyat Palestin.

Ia menekankan keperluan untuk semua negara menjalankan tanggungjawab mereka dari segi kemanusiaan, etika, dan undang-undang kepada rakyat Palestin terutamanya semasa Ramadan.

“Sejak tercetusnya konflik, sekurang-kurangnya 165 ahli pasukan UNRWA telah terbunuh, termasuk mereka yang sedang menjalankan tugas, lebih 150 fasiliti UNRWA musnah, termasuk sekolah manakala lebih 400 orang terbunuh ketika mencari tempat perlindungan.

“Serangan yang disengajakan terhadap fasiliti, konvoi dan kakitangan PBB adalah pengabaian terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Wisma Putra.

Wisma Putra juga menyatakan bahawa Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967,dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan