Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adun Bukit Begunan Datuk Mong Dagang semasa beramah mesra bersama para pelajar ketika Majlis Perasmian Penutupan Program Farewell Unimas di Rh Maureen, Kara Begunan, Pantu pada Khamis. Foto TVS

Kajian lapangan tanah, lindungi sumber asli Sarawak

SRI AMAN, 15 Mac: Kolaborasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Of Copenhagen dalam melaksanakan kajian lapangan penggunaan tanah yang mampan dan pengurusan sumber asli mendatangkan manfaat kepada Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata inisiatif berkenaan selari dengan hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang optimis memelihara alam sekitar.

Menurutnya pelbagai polisi telah dilaksanakan bagi memastikan penjagaan alam sekitar dilaksanakan dengan baik khususnya melibatkan pengurusan penanaman di ladang kelapa sawit dan juga aktiviti pembalakan.

“Premier kita sangat prihatin terhadap alam sekitar dan menggubal banyak dasar-dasar yang menjurus ke arah melindungi alam sekitar di Sarawak.

“Banyak isu di Sarawak dalam beberapa tahun yang lalu mengenai perladangan kelapa sawit dan serta pengurusan hutan iaitu pembalakan yang kini telah diatasi dengan baik di bawah kepimpinan Premier Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Program Farewell Unimas di Rh Maureen, Kara Begunan, Pantu pada Khamis.

Tambahnya dengan hasil dan laporan daripada kajian lapangan ini akan dapat menambah rujukan dalam memastikan pembangunan yang dijalankan di kawasan berkenaan dan di Sri Aman secara amnya tidak menjejaskan alam sekitar.

Ujarnya Unimas sudah pasti akan terus dapat memainkan peranan sebagai salah satu institusi penting dalam membekalkan kepakaran dan tenaga mahir kepada Sarawak khususnya melibatkan penjagaan alam sekitar.

Terdahulu, seramai 70 pelajar terlibat dalam kajian selama 12 hari itu melibatkan enam buah rumah panjang di sekitar kawasan Pantu, di sini.

Masing-masingnya merupakan 35 pelajar UNIMAS manakala 35 pelajar lagi adalah daripada University of Copenhagen yang terdiri daripada mereka yang berasal dari Denmark, Itali, German, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan