Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jambatan Batang Lupar ll, bakal jadi jambatan kabel kekal tertinggi di Malaysia

SRI AMAN, 15 Mac: Jambatan Batang Lupar II bakal menjadi jambatan kabel kekal yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 145.5 meter setelah ia siap dibina.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kemajuan semasa projek yang bernilai lebih RM223.6 juta itu adalah sebanyak 42.56 peratus dan ia nya mendahului 14 hari lebih awal daripada perancangan.

Jambatan Batang Lupar II jambatan kabel kekal tertinggi di Malaysia | TVS

Menurut Uggah, selain akan menjadi mercu tanda baharu di Simanggang jambatan tersebut juga merupakan kemudahan akses jalan raya serta membuka banyak lagi kawasan di sepanjang laluannya menuju ke Daerah Betong.

“Jambatan akan menjadi jambatan kabel kekal yang tertinggi di Malaysia dengan ukuran setinggi 145.5 Meter dan kos nya adalah RM223.6 juta.

“Jambatan ini kami percaya ini ia akan membuka kawasan-kawasan ini dari jambatan ini Sri Aman terus pergi ke Betong selain jalanya boleh diakses terus keluar di Pan Borneo di Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Jam Kerja Selamat tanpa Kecederaan Masa Hilang (LTI) Di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman pada Jumaat.

Uggah turut memberitahu jambatan berkenaan akan memendekkan jarak menuju ke daerah Betong iaitu hanya sejauh 24 kilometer dan mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Beliau turut percaya banyak lagi kemudahan lain akan dapat dibangunkan di sekitar kawasan jambatan ini yang akan menjadi lubuk rezeki kepada penduduk pada masa itu kelak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan