Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau projek pembinaan jalan berkenaan. Foto TVS

Jalan persisir baharu dan Jambatan Batang Lupar II diharap siap serentak – Uggah

SRI AMAN, 15 Mac: Projek jalan persisir pantai menuju ke Jambatan Batang Lupar II yang menjadi laluan alternatif untuk tidak melalui kawasan bandar diharap akan siap serentak dengan pembinaan jambatan tersebut, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, pembinaan jalan pintasan bernilai RM154 juta itu melibatkan cadangan pembinaan daripada Jalan Kejatau menuju ke kawasan jambatan termasuk cadangan pembinaan jalan alternatif menuju ke bandar Simanggang.

Laluan alternatif jalan baharu ke Jambatan Batang Lupar II | TVS

Uggah dalam pada itu mahu kedua-dua projek terbabit dapat disiapkan dengan serentak bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada lalu lintas di kawasan kampung-kampung yang berdekatan.

“Pembinaan adalah dari jalan itu tadi ke Jambatan Batang Lupar supaya jalan di dari jambatan itu tidak melalui bandar jalan pintasan untuk ke kawasan tersebut dan kos pembinaan adalah RM154 juta.

“Saya minta kepada JKR untuk mengatur pembinaannya supaya jambatan siap jalan ini pun siap jika tidak ia akan menimbulkan banyak gangguan kepada lalulintas di Kampung-kampung yang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Sambutan Jam Kerja Selamat Tanpa Kecederaan Masa Hilang (LTI) Di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman pada Jumaat.

Uggah menambah banyak lagi pembinaan jalan raya yang sedang dalam pelaksanaan melibatkan kawasan Sri Aman yang dirancang oleh Sri Aman Development Agency (SADA).

Menurut beliau Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak bertindak sebagai badan pelaksana akan berusaha memastikan setiap projek yang dijalankan akan dapat mencapai kualiti yang diinginkan dan siap dalam jangka masa yang ditetapkan.

Untuk rekod antara projek pembinaan jalan raya yang sedang berlangsung melibatkan kawasan di sekitar Sri Aman adalah seperti Pakej B1 iaitu cadangan pembinaan lebuhraya dari Sebuyau ke Lingga, Samarahan dan Sri Aman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan