Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota BBP Lawas memadam kebakaran rumput di di Tanah Pekuburan Kampung Punang malam tadi. Foto BBP Lawas.

Tiga kes kebakaran di Lawas sejak awal Ramadan

LAWAS,14 Mac: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menerima tiga kes kebakaran sepanjang minggu ini.

Ketua BBP Lawas, Azman Ibrahim berkata kejadian melibatkan satu kes kebakaran belukar, rumput dan dua kebakaran struktur.

Menurutnya, sepasukan anggota digegaskan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 9.38 malam, pada Rabu.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran longgokan kayu di tepi jalan.

“Angggota mengambil masa hampir 40 minit memadam kebakaran dan operasi ditamatkan pada jam 10.40 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pasukannya turut memadam kebakaran rumput di Tanah Pekuburan Kampung Punang pada hari pertama puasa, pada Selasa.

Azman memberitahu sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.27 petang.

Meskipun berpuasa kata Azman ibadah itu tidak menghalang anggotanya untuk melaksanakan tanggungjawab kepada masayarakat.

“Penat macam mana pun, ibadah puasa tetap kami kerjakan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah perintah agama,” katanya.

Azaman dalam pada itu turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika cuaca panas yang melanda negara ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan