Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Hazwan Basrol semasa mengadakan tinjauan dan lawatan ke Bazar Ramadan Limbang, hari ini. Foto TVS

Seribu pengunjung awal terima insentif baucar e-wallet bernilai RM20

LIMBANG, 14 Mac: Seribu pengunjung terawal menerima insentif baucar e-wallet bernilai RM20 melalui penyedia e-wallet S Pay Global untuk mereka berbelanja di gerai-gerai terpilih yang berdaftar dengan S Pay Global.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bahagian Limbang Mohd Hazwan Basrol berkata insentif baucar e-wallet bernilai RM50 turut diberikan kepada peniaga berdaftar dengan S Pay Global dan gerai menawarkan menu Rahmah sepanjang Ramadan.

Inisiatif itu juga bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa pada harga rendah iaitu di bawah RM5.

“Di Bazar Ramadan Rahmah ini kita bagi insentif kepada seribu pengunjung terawal yang berdaftar dengan S Pay Global dan juga kepada peniaga dengan memberikan insentif sebanyak RM50,” katanya ketika ditemui pada Program Bazar Ramadan Rahmah Limbang di Bazar Ramadan, Lot 777 di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengguna boleh membuat tuntutan insentif baucar e-wallet bernilai RM20 melalui penyedia e-wallet di Kaunter S Pay Global yang dibuka selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat ini (15 Mac).

Katanya, inisiatif itu dilihat dapat membantu pengunjung bazar terpilih untuk berbelanja dan seramai 50 peniaga menyertai jualan menu rahmah di Bazar Ramadan Limbang.

Bagaimanapun, pihaknya tidak mewajibkan kepada semua peniaga menjual pada harga Rahmah sebaliknya terus memberi galakkan kepada peniaga-peniaga untuk berbuat demikian. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan