Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion sejak 2018 hingga 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan turapan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: RM3.3 bilion dibelanjakan selenggara Jalan Persekutuan seluruh negara

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukkan sebanyak RM3.3 bilion sejak 2018 hingga 2023 untuk kerja-kerja penyelenggaraan membabitkan turapan Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah itu masih belum dapat menyelesaikan masalah jalan rosak secara keseluruhannya.

“Menurut rekod KKR, sejumlah RM3.3 bilion diperlukan untuk tujuan lain iaitu bagi menyelesaikan kerja penyelenggaraan tertunggak yang melibatkan laluan persekutuan sepanjang 3,821.03 kilometer (km),” katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Hasnizan Harun (Perikatan Nasional -Hulu Selangor) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan tindakan yang telah atau akan diambil untuk mengatasi masalah pembaikan jalan raya iaitu turapan bukan tampalan di seluruh Malaysia.

Pada masa sama, Alexander Nanta memberi jaminan bahawa penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meningkatkan ketahanan jalan.

“KKR turut menggunakan teknologi turapan baharu, (selain itu) pelbagai kerjasama telah dijalankan oleh kementerian dengan pihak swasta dan agensi kerajaan yang lain dalam usaha meneroka teknologi bahan turapan speciality mix dalam kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan