Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Status terkini projek penyambungan bekalan ir Terawat ke kawasan Ulu Roban di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Projek sambungan bekalan air terawat di Ulu Roban di peringkat reka bentuk

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Status terkini projek penyambungan bekalan air terawat ke kawasan Ulu Roban di peringkat reka bentuk terperinci oleh perunding yang dilantik.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, projek itu dijangka akan memanfaatkan penghuni di 146 pintu di kawasan tersebut.

Katanya penyambungan bekalan air terawat ke Mudong Ibus, Brayang dan Ulu Sebetan pula telah diluluskan di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Ia akan dilaksanakan di bawah peruntukan Kerajaan Sarawak. Status pelaksanaan projek berkenaan (di Mudong Ibus, Brayang dan Ulu Sebetan) adalah di peringkat lantikan perunding,” katanya.

Rubiah menjawab soalan Datuk Ali Biju (Perikatan Nasional – Saratok) yang ingin tahu status terkini kerja fizikal penyambungan bekalan air terawat ke kawasan berkenaan.

Ali menerusi soalan tambahannya bertanya kepada Rubiah berkaitan rancangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memperluas pembangunan projek bekalan air bawah tanah di tempat lain yang terpencil seperti yang berjaya dilaksanakan di rumah panjang di Ulu Roban dan Mudong.

Menjawab soalan itu, Rubiah berkata KKDW bersedia untuk memberi kelulusan kepada mana-mana projek berkaitan bekalan air bawah tanah berdasarkan permohonan dan juga keutamaan kerajaan negeri.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang permohonan. KKDW sentiasa memfokuskan untuk menyediakan bekalan air terawat kepada semua penduduk luar bandar.

“Di lokaliti yang agak terpinggir, kaedah-kaedah alternatif seperti ini (sambungan bekalan air bawah tanah) akan diambil kira sebagai penyelesaian,”jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan