Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menterinya di KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak mengelirukan pengguna. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: KPDN pantau jualan kurma Israel sepanjang Ramadan

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pemantauan berkaitan dakwaan penjualan kurma dari Israel ketika Ramadan ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak mengelirukan pengguna.

“Kita (KPDN) akan terus memantau melalui pelbagai akta khususnya Akta Perdagangan untuk memastikan sekiranya terdapat pasaran kurma berkenaan (yang) berlegar untuk ditawarkan kepada pengguna.

“Kita juga telah memasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan juga terma rujukan Op Pantau yang dilancarkan khas pada Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri untuk melihat secara terperinci penjualan kurma tersebut,” katanya.

Armizan menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (Perikatan Nasional -Hulu Terengganu) yang meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan tindakan yang telah diambil susulan pembongkaran kurma dari Israel dibawa masuk ke Malaysia yang jelas bertentangan dengan pendirian negara memboikot produk serta sekatan perdagangan dan ekonomi dengan Israel.

Sementara itu Armizan menegaskan KPDN tidak mempunyai kuasa untuk mempertimbangkan lesen import produk dari Israel.

“Sebagaimana dinyatakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, ia berada di luar bidang kuasa KPDN untuk mempertimbangkan lesen import sebarang produk dari Israel,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas 73 pek buah kurma disyaki produk dari Israel dalam satu serbuan di sebuah gudang penyimpanan makanan di Klang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan