Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan memberi jaminan harga ayam dan telur termasuk harga makanan ternakan import membabitkan jagung dan soya stabil sejak kebelakangan ini.Foto, Envato.

Parlimen: Harga ayam, telur stabil

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Kerajaan memberi jaminan harga ayam dan telur termasuk harga makanan ternakan import membabitkan jagung dan soya stabil sejak kebelakangan ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya yakin harga akan lebih stabil sekiranya Ringgit beransur kukuh.

“Hari ini Ringgit (berada pada kadar) 4.69 (berbanding 1 dolar AS), mulai kukuh dan kita harap berterusan supaya (kos) import bahan-bahan makanan ternakan akan menurun.

“Sama ada kita hendak sekat import ayam dari luar, kita akan lihat keadaan pasaran dari semasa ke semasa,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad menjawab soalan Sim Tze Tzin (Pakatan Harapan -Bayan Baru) yang meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sama ada berlaku kenaikan mendadak harga ayam atau berlaku masalah kekurangan bekalan di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga serta adakah subsidi telur gred A, B dan C akan diteruskan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, perkara yang menjadi keutamaan kementerian ialah harga jualan ayam yang stabil kepada pengguna.

“Kita mahu ia stabil dan telur sekarang kita (miliki) lebihan 20 juta.

“Cuma berlaku kekurangan dilaporkan (di setengah tempat), itu soal pentadbiran, kalau dilaporkan kita akan bertindak segera untuk memenuhi (bekalan) di tempat yang dilaporkan,” tegasnya lagi.

Kata beliau, pemantau harga ayam di peringkat ladang oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati harga purata yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia semenjak November 2023 adalah RM5.85 per kilogram (kg), RM6.39 per kg (Disember 2023), RM6.13 per kg (Januari 2024) dan RM6.03 per kg (Februari 2024). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan