Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daerah Tongod, Sabah merekodkan kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Daerah Tongod, Sabah rekod kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Daerah Tongod, Sabah merekodkan kemiskinan tegar tertinggi di Malaysia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Jelas Rafizi, berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022, peratusan kemiskinan tegar di daerah di tengah Sabah itu mencecah 5.9 peratus.

“Daerah lain yang tersenarai di Sabah ialah Beluran dengan kadar 5 peratus, Pitas (4.8 peratus), Kinabatangan (4.6 peratus), Kota Marudu (4 peratus),Tuaran (2.6 peratus), Ranau (2.4 peratus) dan Lahad Datu sebanyak 2.4 peratus,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan – Semporna) yang meminta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia dan peratusan lapan daerah di Sabah yang dikategorikan termiskin di Malaysia setakat Januari 2024 berbanding Januari 2023.

Menurutnya lagi, di Sabah, insiden kemiskinan enam kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional.

“Bila diambil daripada lapan daerah termiskin itu kadarnya itu melebihi 10 kali ganda (berbanding kadar nasional),” jelasnya.

Mengulas lanjut, Rafizi memberitahu kadar kemiskinan tegar seluruh negara telah berkurang daripada satu peratus pada 2020 kepada 0.2 peratus atau bersamaan 18,445 isi rumah di seluruh negara pada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan