Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas meninjau tapak projek pakej A1-A di Jambatan Batang Samarahan, hari ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak tegas, gantung kontraktor gagal patuhi perjanjian

ByLuqman Muhammad

SADONG JAYA, 14 Mac: Kontraktor yang gagal mematuhi perjanjian dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri ini akan digantung serta-merta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, tindakan itu berlandaskan peraturan baharu dalam memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual.

“Kita ada peraturan baharu yang memerlukan kontraktor mesti melakukan kegiatan di tapak pembinaan untuk tempoh satu bulan pertama.

“Misalnya dalam perjanjian mereka perlu masuk ke tapak pada 1 Mac, maka mereka mesti melakukan kegiatan sehingga hujung Mac, kalau tidak pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh menggantung kontrak,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan projek Jalan Utama Kedua di bilik mesyuarat Pejabat Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak memandang serius terhadap projek yang telah diamanahkan dalam memastikan setiap projek dapat diselesaikan mengikut jadual.

“Rakyat mengharapkan apa-apa projek yang kerajaan umumkan agar siap mengikut jadual yang mana kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah meluluskan sesuatu projek turut berharap agar ia dapat dilaksanakan mengikut jadual.

“Jadi adalah menjadi tugas kementerian saya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan ia siap mengikut jadual,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan