Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lee Zii Jia meneruskan momentum kemenangan dalam kempen Kejohanan All England apabila menumbangkan bekas juara dunia dari Singapura Loh Kean Yew di pusingan kedua hari ini. Foto fail Bernama

All England: Kean Yew mangsa Zii Jia di pusingan kedua

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum kemenangan dalam kempen Kejohanan All England selepas menumbangkan bekas juara dunia dari Singapura Loh Kean Yew di pusingan kedua hari ini.

Pada pertembungan di Utilita Arena, Brimingham itu, Zii Jia yang menghuni ranking dunia ke-10 mempamerkan permainan positif untuk menewaskan juara dunia 2021 itu dengan 21-15, 21-12 dalam tempoh 33 minit sekali gus menempah slot ke pusingan suku akhir.

Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut dalam keseluruhan enam kemenangan yang diraih Zii Jia ke atas pemain nombor 11 dunia itu dalam lapan pertemuan terakhir.

Di pentas suku akhir esok, menanti Zii Jia yang pernah menjuarai All England pada 2021 adalah antara pemain India Lakshya Sen dan pilihan keempat dari Denmark Anders Antonsen.

Semalam, Zii Jia melakar kejutan ke atas pemain ranking keenam dunia dari Jepun Kodai Naraoka di pusingan pertama selepas merakam kemenangan 21-12, 21-19.

Edisi lepas menyaksikan pemain negara berusia 25 tahun itu terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas 19-21, 13-21 kepada pemain China Shi Yuqi.

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa dua pasangan beregu campuran negara yang ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua.

Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas 17-21, 11-21 dalam tempoh 40 minit kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Sementara pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dikecewakan gandingan Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-17, 19-21, 16-21 dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga 58 minit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan