Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Dato Dr Mohd Zin Bidin pada kunjungan hormat di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi dimasyhur sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia

KUCHING, 13 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia berkuat kuasa 13 Mac 2024.

Ketua Pengakap Malaysia, Mejar Jeneral (B) Prof. Dato Dr Mohd Zin Bidin berkata permasyhuran itu dilaksana mengikut Perkara 11(2) Dasar pertubuhan dan peraturan (POR) 2010.

“Kami juga berasa berbesar hati dapat menganugerahkan pingat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Pingat Semangat Padi Emas kepada Tun,” katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Semasa kunjungan hormat itu, Zin berkata beliau turut mencadangkan agar Persekutuan Pengakap Malaysia menganjurkan jambori dunia terbesar di Sarawak.

“Saya juga ada menyatakan kepada Tun agar Persekutuan Pengakap Malaysia merancang menganjurkan jambori dunia,” katanya.

Tun Dr Wan Junaidi sebelum ini pernah menjawat jawatan Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Kuching bagi penggal 1974 hingga 1992.

Beliau kemudiannya menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak bermula daripada 1993 hingga 2009. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan