Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan SKMM dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan sejumlah 737 kandungan lucah dan 895 kandungan berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: SKMM turunkan 737 kandungan lucah, pelacuran di media sosial – Fahmi

BySteward Dawi

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama penyedia platform media sosial telah menurunkan sejumlah 737 kandungan lucah dan 895 kandungan berunsur pelacuran di pelbagai platform media sosial.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kesemua kandungan yang diturunkan itu dimuat naik menerusi platform X dan Telegram yang melanggar piawaian komuniti pihak penyedia platform serta undang-undang sedia ada.

Tindakan itu jelas Fahmi dilakukan bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 1 Mac 2024.

“Bagi tempoh yang sama juga, SKMM telah menyekat 1,272 laman lucah dan 150 laman pelacuran.

“Tindakan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan berasaskan pemantauan serta aduan yang diterima,” katanya pada Penggulungan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu Fahmi memaklumkan SKMM turut menyediakan bantuan teknikal yang melibatkan siasatan, pembekalan maklumat dan analisis forensik digital.

Kata beliau, langkah itu dapat mempercepatkan proses siasatan dan membantu pihak berkuasa mengumpul bukti yang diperlukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan