Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Dion Das Louis dengan bapanya, Louis Lansam dan ibu, Edina Lanying semasa kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto MIPD

Little Bornean Birdie curi tumpuan Timbalan Premier Sarawak

KUCHING, 13 Mac: Kehebatan kanak-kanak berumur lapan tahun Dion Das Louis yang berjaya memenangi pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia 2024 baru-baru ini, jelas mencuri tumpuan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Duta cilik kebudayaan Sarawak yang juga dikenali sebagai “Little Bornean Birdie” itu bersama dengan bapanya Louis Lansam dan ibu Edina Lanying hari ini membuat kunjungan hormat ke atas Uggah, dalam kesibukan membuat persiapan untuk ke Long Beach, California bagi mengambil bahagian dalam 27th World Championship of Performing Arts (WCOPA 2024) Julai nanti.

Louis berkata Dion dipilih untuk mewakili Malaysia selepas memenangi kategori tarian remaja pada kejohanan kebangsaan yang diadakan di Kuala Lumpur Januari lepas, dan dijangka menyertai WCOPA 2024 hujung bulan Jun nanti.

“Dia (Dion) mempersembahkan tarian kontemporari etnik (dalam kejohanan itu), yang menyaksikan dia memainkan watak sebagai burung kecil, lalu dinamakan sebagai Little Bornean Birdie dalam persembahan itu,” katanya ketika ditemui pada sesii kunjungan hormat itu.

Beliau berkata persembahan tarian tradisional Dayak Iban “Ngajat” Dion itu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur daripada dua burung Borneo yang ternama iaitu burung “Ruai” atau Great Malayan Argus dan “Kenyalang” atau Burung Enggang.

Louis berkata anak lelakinya yang merupakan pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Green Road di sini dilihat memiliki bakat semula jadi dalam mempersembahkan tarian Ngajat.

“Saya rasa dia mewarisinya daripada sebelah ibunya, yang juga merupakan seorang penari Ngajat dari Nanga Entabai di Pakan, di bahagian Sarikei (tengah Sarawak),” kata ibunya pula.

Kedua-dua mereka akan mengiringi Dion ke kejohanan itu, yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 5 Julai.

Sementara itu Uggah berkata beliau amat bangga dengan kelebihan bakat Dion, yang akan membawa kanak-kanak itu menyertai kejohanan bertaraf dunia nanti.

“Kita amat gembira kerana seorang anak muda dari komuniti kita di Sarawak boleh berjaya ke peringkat dunia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan