Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alif Satar berharap Geng Subuh Macam Jumaat sentiasa mendapat sambutan dan diteruskan pada masa akan datang. Foto TVS

Geng Subuh Macam Jumaat berjaya capai visi

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 13 Mac: Kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga berjaya mencapai visinya.

Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal tanah air Alif Satar berkata kempen ini bertujuan untuk menyatukan masyarakat dan komuniti Islam.

“Masjid adalah tempat untuk kita beribadah yang pada waktu sama untuk menyatukan orang ramai. Rasulullah juga berpesan kepada kita agar sentiasa menjaga jiran tetangga dan komuniti.

“Jika kita lihat juga pada aktiviti kali ini, ramai yang mendirikan khemah tanpa dikenakan bayaran dan mengagihkan makanan dan minuman secara percuma. Itu antara yang kita mahukan,” katanya kepada pemberita dalam satu temubual eksklusif bersama TVS.

Selain mendapat sokongan dari pelbagai pihak, Alif berkata penyatuan ini menampakkan lagi semangat orang Malaysia sekali gus ingin menyampaikan positif yang perlu ada dalam rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam.

Dalam masa sama, Alif juga menyeru semua masyarakat untuk menitipkan doa kepada rakyat Palestin selain mengharapkan orang ramai boleh meneruskan kempen ini tanpa perlu ada kehadiran darinya.

Geng Subuh Macam Jumaat dicetuskan oleh Alif Satar pada November itu kini menjadi fenomena di negara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan