Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR ketika dalam operasi mencari 24 nelayan yang hilang di Perairan Selayar, Sulawesi Selatan. Foto Pejabat SAR Makassar

Bot nelayan karam di Sulawesi Selatan, dua maut, 24 lagi hilang

ByTVS

JAKARTA, 13 Mac: Sebuah bot nelayan, Dewi Jaya 2 dilaporkan karam di perairan Selayar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Difahamkan, bot nelayan itu dalam pelayaran dari Jakarta ke Lombok namun mengalami cuaca buruk sekitar 52 batu nautika dari Pelabuhan Benteng, Selayar.

Menurut Ketua Pejabat SAR Makassar, Mexianus Bekabel, kapal yang membawa 37 orang itu bertembung dengan ombak kemudian terbalik dan karam pada Ahad lalu, namun mangsa ditemui terdampar di beberapa pulau di Kepulauan Selayar sejak kemarin.

“Setakat pagi ini, daripada 37 orang itu, 11 mangsa ditemui selamat di Pulau Jempea dan Pulau Kayuadi, Kepulauan Selayar, dua lagi ditemui maut manakala 24 orang masih dicari pasukan SAR,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, seluruh mangsa bertahan di lautan dengan bantuan jaket keselamatan dan serpihan kapal hingga akhirnya terdampar di pulau.

Daripada itu, pihaknya melancarkan operasi mencari bagi mangsa bot yang masih hilang dengan mengerahkan pasukan penyelam dan sejumlah bot ke lokasi kejadian.

Pada masa ini pasukan penyelamat dari telah berkoordinasi dengan polis dan tentera dan membentuk satu pos bersama untuk mengumpul maklumat mengenai mangsa kapal yang hilang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan