Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie

Tabung Baitulmal Sarawak sasar kutip zakat fitrah RM6.4 juta tahun ini

KUCHING, 12 Mac: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menganggarkan kutipan zakat fitrah pada tahun 2024 adalah RM6.4 juta.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata sasaran itu adalah sejajar dengan zakat RM7.50 pada tahun ini berbanding RM7 pada 2023.

Kesedaran umat Islam di Sarawak berkenaan bayaran zakat fitrah ini amat memuaskan, katanya ditemui selepas Majlis Perasmian Majma Raya Fest 2024 bertempat di Centre Court Majma Mall di sini, hari ini.

Setakat 31 Januari 2024, TBS mengagihkan RM7.68 juta kepada asnaf yang layak melalui empat program utamanya.

Antaranya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan