Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Scoot Pte Ltd (Scoot), anak syarikat Singapore Airlines yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang rendah dijangka dapat meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Singapura dan Sarawak bermula Mei ini. Foto Envato

Scoot dijangka tambah kekerapan penerbangan ke Sarawak guna pesawat baharu Embraer

KUCHING, 12 Mac: Scoot Pte Ltd (Scoot), anak syarikat Singapore Airlines yang menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang rendah dijangka dapat meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Singapura dan Sarawak bermula Mei ini selepas menambah pesawat baharu Embraer kepada kumpulan pesawatnya.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata beliau dimaklumkan oleh Pengurus Besar Scoot Malaysia, Yeo Kaijie bahawa inisiatif syarikat penerbangan itu merangkumi penerbangan ke Miri, Kuching dan Sibu menggunakan pesawat baharu Embraer E190-E2 dengan kapasiti 112 penumpang.

“Pada masa ini, Scoot hanya menawarkan penerbangan dari Singapura ke Kuching tujuh kali seminggu dan ke Miri tiga kali sehari menggunakan pesawat Airbus a320.

“Syarikat penerbangan itu dijangka menambah penerbangan yang dijadualkan kepada lima kali seminggu ke Miri dan ke Sibu tiga kali seminggu menggunakan pesawat Embraer pada Mei dan Jun tahun ini,” kata Lee dalam satu kenyataan hari ini selepas pertemuan dengan delegasi Scoot yang diketuai Yeo di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Yeo, Scoot menyediakan perkhidmatan ke 18 destinasi di China dan akan menyediakan platform kepada lebih ramai pelancong China yang mencari destinasi percutian dan penerbangan sambungan melalui Singapura.

Beliau berkata Scoot juga telah menempah sembilan pesawat Embraer E2 untuk meningkatkan kapasitinya.

Sementara itu Lee berkata jumlah pelancong dari Singapura ke Sarawak meningkat daripada 38,743 orang pada 2010 kepada 46,812 pada 2019 dan mencatatkan lonjakan ketara kepada 60,760 pada tahun lepas.

Menurutnya, sekarang masa yang sesuai untuk Scoot menawarkan penerbangan ke bandar utama lain di Sarawak, seperti Sibu, dan mencadangkan syarikat penerbangan itu menambah penerbangan berjadualnya ke Miri kepada penerbangan harian memandangkan ia telah bertukar kepada pesawat dengan kapasiti lebih kecil. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan