Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin Abdul Rahman semasa merasmikan Bazar Ramadan Semarak, Kuching, hari ini. Foto TVS

Peniaga bazar Ramadan diingat utamakan aspek kebersihan makanan

KUCHING, 12 Mac: Para peniaga diingatkan agar sentiasa mengutamakan aspek kebersihan dalam memastikan bahan jualan di bazar Ramadan selamat dimakan.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata selain selamat dimakan, tahap kebersihan penting untuk meningkatkan keyakinan pembeli yang berulang.

“Sudah tentu setiap masa perkara ini amat dititikberatkan. Apabila kita berniaga sudah pasti kita mengutamakan kebersihan untuk memastikan keselamatan pembeli terjamin apabila mereka makan atau minum makanan yang dibeli.

“Keduanya aspek kualiti, saya kini peniaga di sini lebih memahami betapa pentingnya penjagaan kualiti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Ramadan Semarak di sini, hari ini.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan 45 petak niaga di Bazar Ramadan Semarak.

Ia sekali gus menjadikan 222 petak niaga yang disediakan DBKU di tiga bazar Ramadan termasuk Satok dan Sukma Ria.

Bazar Ramadan ini akan berlangsung dari 12 Mac hingga 9 April depan yang turut bekerjasama dengan organisasi perusahaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan