Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: MyJalan KKR terima 12,245 aduan – Alexander Nanta

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui aplikasi MYJalan KKR telah menerima sebanyak 12,245 aduan berkaitan jalan raya setakat ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah keseluruhan aduan yang diterima, hanya 25.91 peratus atau 3,173 aduan membabitkan jalan di bawah seliaan agensi KKR.

“Sebanyak 2,345 aduan telah diselesaikan oleh agensi KKR dengan 2,193 atau 93.52 peratus selesai dalam tempoh satu hingga 30 hari manakala 828 aduan dalam proses tindakan,” katanya di Sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Aplikasi digital itu katanya mengetengahkan aduan berkaitan kerosakan jalan raya, lampu isyarat dan lampu jalan, papan tanda, perabot jalan, kemudahan awam dan sebagainya.

Beliau turut memaklumkan kementerian telah menerima sokongan yang baik daripada kerajaan negeri antaranya Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan juga Perak.

“(Kerjasama) ini untuk bersama-sama menganjurkan serta merancakkan lagi pelaksanaan MYJalan di peringkat negeri.

“Kita tidak mahu lagi work in silo apabila melibatkan risiko nyawa dan kepentingan rakyat. Kita perlu bekerja sebagai ‘whole of government approach’ asalkan matlamat kesejahteraan rakyat tercapai,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 182 projek di bawah KKR dengan nilai RM4.63 bilion telah berjaya disiapkan tahun lepas.

Jelas beliau, dalam tempoh itu juga daripada 730 projek yang dalam peringkat pembinaan, hanya 21 projek, atau 2.9 peratus daripada jumlah itu diklasifikasikan sebagai projek sakit. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan