Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana sekitar Bazar Ramadan Sibu di Dataran Tun Tuanku Haji Bujang. Foto Salasiah Safian (TVS)

Bazar Ramadan Sibu menerima sambutan menggalakkan, jualan laris

BySalasiah Safian

SIBU, 12 Mac: Hari pertama beroperasi, Bazar Ramadan Sibu menerima sambutan menggalakkan daripada para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Menurut seorang peniaga, Nurfitri Mohamad, kedatangan pengunjung dilihat lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.

Nurfitri Mohamad. Foto TVS

“Perbezaannya ketaralah, lebih ramai berbanding sebelum ini. Dengan harga barang yang mahal jadi kami terpaksa menaikkan harga. Harga sekarang okay dan pelanggan dapat menerima dengan baik,” katanya.

Bagi peniaga makanan Menu Semenanjung Pantai Timur Erra Kamal, pembeli sudah menunggu sebelum gerai dibuka dan rata-rata yang datang adalah pelanggan tetap gerainya.

Erra Kamal. Foto Salasiah Safian (TVS)

“Hari pertama, tengoklah tidak putus-putus. Dari mula kita buka memang dah ada orang tunggu awal. Memang pelanggan kami yang selalu datang pada bulan puasa.

“Insya-Allah. Sebab nasi minyak dah habis, nasi putih dah habis, nasi kerabu memang kita buat lebih pada hari pertama, empat ke tiga periuk,” katanya.

Sementara itu, para pengunjung berpuas hati dengan susunan gerai kerana memudahkan pergerakan mereka.

“Bazar ini besar dan luas kerana biasanya di Kuching bazar-bazar ini ada di beberapa kawasan. Di sini ia berkumpul di satu tempat, jadi ia memudahkan.

“Lagipun mereka dah membahagikan kawasan mengikut jenis jualan. Ada tempat jualan air, kuih, dan makanan berpanggang,” kata Amirul yang datang dari Kuching.

Manakala bagi Mohd Azmi yang merupakan penduduk Sibu, bazar tersebut tetap menjadi tumpuannya sekeluarga untuk mencari juadah berbuka.

Mohd Azmi Lim Abdullah. Foto Salasiah Safian (TVS)

“Tiap-tiap tahun jika ada buka saya sekeluarga memang akan ke sini kerana pelbagai juadah yang tersedia,” ujarnya.

Bazar Ramadan Sibu di Dataran Tun Tuanku Bujang menampilkan kelainan tahun ini apabila konsep warong mega yang menjual pelbagai juadah digabungkan dengan kemudahan tempat berbuka puasa untuk pengunjung.

Melalui konsep warong mega, 108 gerai didirikan dengan lebih teratur dan kemas, selain memberikan ruang lebih luas kepada pengunjung untuk bergerak dengan selesa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan