Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azharina merakamkan gambar kenangan bersama Pengerusi SMG, Dato' Norhyati Ismail yang turut menerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 di Kota Kinabalu baru-baru ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Azharina bakal buat kejutan kepada peminat

BySalasiah Safian

KOTA KINABALU, 12 Mac: Penyanyi lagu ‘Elegi Sepi’ Azharina Azhar atau lebih mesra disapa Nina bakal membuat kejutan buat para peminatnya tidak lama lagi.

Nina yang sudah sembilan tahun menyepi tanpa sebarang lagu ketika ditemui TVS di Kota Kinabalu berkata, kemunculan semula pada kali ini akan menunjukkan perubahan 360 darjah dalam seni muziknya.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan, Nina mengambil masa yang lama untuk menghadiahkan sesuatu yang cukup istimewa buat para peminatnya.

“Apabila saya lakukan sesuatu ia datang dari hati, untuk tahun 2024 ini, seperti yang saya dah cakap dan janjikan saya ada hadiah untuk peminat-peminat saya jadi semua kena tunggu selepas bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma.

“Insya-Allah penantian anda semua selama sembilan tahun daripada saya akan terjawab dan semua akan terkejut. Dua hadiah tahun ini, dua hadiah saya akan bagi peminat saya,” katanya.

Selama 23 tahun perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi, Nina mengambil langkah berani untuk berubah 360 darjah.

Katanya, sebagai seorang penyanyi haruslah mencuba sesuatu yang baharu untuk melakukan evolusi dalam karya mereka dan biarlah peminat sendiri yang akan menilainya.

“Kerana akhirnya muzik adalah berkenaan kebebasan, cinta dan penyatuan. Jadi itu yang membuatkan saya terus bertahan dan ia telah menjadi periuk nasi saya bertahun lamanya. Saya akan hadiahkan peminat, tunggu sahaja, saya tidak boleh beritahu kerana ia adalah rahsia,” ujarnya.

Azharina pernah dinobatkan sebagai juara program Gegar Vaganza bagi musim ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan