Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adira menjadi salah seorang daripada 100 penerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di Sabah. Foto Salasiah Safian (TVS)

Adira tidak tolak tawaran berlakon jika ada rezeki

BySalasiah Safian

KOTA KINABALU, 12 Mac: Penyanyi kelahiran Sabah Adira Suhaimi tidak akan menolak jika ada rezeki untuknya menjadi pelakon, namun dia lebih mementingkan perihal anak-anak terlebih dahulu jika dirinya mendapat tawaran berlakon.

“Kalau ada rezeki berlakon saya tidak tolak rezeki tu tapi tidak mahu terlalu memikirkannya, tapi kalau anak-anak saya dalam keadaan yang baik-baik saja, ada orang yang boleh tolong tengokkan dan tempat tidak jauh dan tidak perlu bermalam lama, Insya-Allah saya boleh,” katanya ketika ditemui TVS di sini, baru-baru ini.

Ditanya mengenai watak yang diidamkan, Adira dalam nada bergurau berkata dia mengidamkan watak jahat ataupun hantu.

Bercerita mengenai karier seninya, Adira mendedahkan bahawa dirinya bakal mengeluarkan lagu baharu tidak lama lagi khas buat peminatnya.

“Insya-Allah akan datang. Tapi sebenarnya lagu-lagu masih lagi dimainkan di corong-corong radio juga, belum pernah berhenti lagi.

“Lagu duet dengan Khai Bahar, duet single saya tahun lepas pun masih ada lagi di corong-corong radio. Jadi untuk yang akan datang ini, saya tidak boleh bagi tahu tapi Insya-Allah ada,” ujarnya lagi.

Meskipun perkahwinannya kini menjadi tanda tanya kepada netizen, namun Adira terus kuat menjalani kehidupannya bersama-sama anak-anak.

Adira turut bersyukur kerana menjadi salah seorang daripada 100 penerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 anjuran IKSNITA Sabah.

“Adira sangat-sangat bersyukur sebab diberi peluang ini, 100 orang itu bukannya ramai dia macam kapasiti yang memang sangat-sangat terhadkan tapi menjadi salah seorang daripada mereka membuatkan saya sangat gembira kerana saya tidak pernah terfikir untuk menerima anugerah inspirasi ini,” ujarnya lagi.

Antara artis lain yang turut menerima Anugerah Wanita Inspirasi 2024 ialah Azharina Azhar, Marsha Milan Londoh, Velvet Lawrence Aduk, dan Alena Murang.

Anugerah ini disampaikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin iaitu Toh Puan Norlidah RM Jasni di majlis yang diadakan di  Kota Kinabalu. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found