Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

TYT terima dua kunjungan hormat

ByDouglas Elliot

KUCHING, 11 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima dua kunjungan hormat di Astana Negeri, hari ini.

Kunjungan pertama adalah daripada delegasi International Advisors of United Society Partnership in the Gospel (USPG) yang diketuai Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Rev Datuk Danald Jute.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan barisan delegasi kumpulan tersebut yang datang dari luar negara seperti England, Kanada, New Zealand dan Namibia.

“Tun Dr Wan Junaidi terkenal dengan usahanya untuk mempromosikan persefahaman antara masyarakat majmuk.

“Beliau berkongsi dengan kami pengalamannya dalam memupuk keharmonian antara masyarakat berbilang bangsa dan agama dari permulaan kerjaya politik beliau sebagai seorang wakil rakyat hingga sebagai menteri, Yang di-Pertua Dewan Negara dan seterusnya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas selesai sesi kunjungan tersebut.

Sementara itu, ahli USPG dari England, Rev Dr Duncan Dormor berkata, pertemuan itu turut membuka mata delegasi mengenai keharmonian dan perpaduan yang wujud di Sarawak.

“Kami telah belajar mengenai banyak perkara dan pertemuan pada pagi ini memberi pendedahan mengenai keterangkuman masyarakat etnik yang berbilang bangsa di Sarawak,” katanya.

Kunjungan hormat kedua pula adalah daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato Abdul Rahman Sebli.

Antara lain, kunjungan hormat berkenaan merupakan kunjungan hormat sulung beliau ke atas Tun Dr Wan Junaidi setelah beliau dilantik sebagai TYT Sarawak.

Turut serta Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Nixon Kennedy Kumbong dan Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan