Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan empat warga asing yang terbabit dalam aktiviti sabung ayam di sebuah ladang di Mukah pada petang Ahad. Foto PDRM

Polis serbu aktiviti sabung ayam, empat warga asing ditahan

MUKAH, 11 Mac: Panik ketika diserbu polis, sekumpulan individu bertindak melarikan diri ke dalam belukar sebaik sahaja menyedari kehadiran anggota pasukan keselamatan itu, ketika melakukan aktiviti sabung ayam di sebuah ladang kelapa sawit di sini, petang semalam.

Serbuan mengejut hasil daripada risikan dan maklumat yang dilakukan pada 4.30 petang itu membawa kepada penahanan empat warga asing yang masing-masing berusia 24 hingga 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, polis turut merampas dua ekor ayam sabung hidup, tiga ekor ayam sabung mati, dua bilah taji ayam, satu unit alat penimbang dan wang tunai berjumlah RM490.

“Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(G) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda tidak lebih RM 2,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti sabung ayam boleh salurkan secara terus kepada pihak polis dalam usaha membenteras kegiatan tersebut.

“Kerjasama erat antara masyarakat dan polis perlu diteruskan dalam usaha membanteras kegiatan jenayah di daerah ini. Justeru, penyaluran maklumat berkaitan mampu membantu mengurangkan kadar jenayah seterusnya, meningkatkan tahap keselamatan dan keamanan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan