Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Aniq (kiri) dan Elyna Manggau berasa teruja dapat kembali ke sekolah. Foto Izzah Kamilah (TVS)

Pelajar teruja kembali ke sekolah

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 11 Mac: Rata-rata pelajar berasa teruja apabila dapat kembali semula ke sekolah dengan bermulanya sesi persekolahan hari ini.

Bagi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, Abdul Anis Mas’ud Abdul Azis, dia amat teruja memulakan sesi baharu persekolahan.

“Ini merupakan pertama kali saya merasai sekolah yang mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Jadi untuk pengalaman baharu ini saya akan cuba membiasakan diri dengan sistem baharu ini.

“Memasuki tingkatan empat ini, menyebabkan saya berjumpa dengan ramai orang disebabkan sistem aliran berbeza iaitu Sains dan Perdagangan. Jadi fokus saya adalah untuk mencari lebih ramai kawan sebelum memberi tumpuan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui TVS selepas Program First Day at School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di sini hari ini.

Turut senada Elyna Manggau Edrin pelajar tingkatan enam atas di sekolah yang sama, berasa teruja apabila dapat didedahkan dengan silibus yang baharu.

“Selain dapat bersatu lagi denagn rakan saya, saya pelajar yang mengambil aliran seni berasa teruja kerana bakal didedahkan dengan teori yang baharu.

“Memasuki penggal dua ini, saya juga bakal didedahkan dengan bimbingan dalam melakukan kerja kursus seperti yang diperlukan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 1,459 buah sekolah di Sarawak memulakan sesi persekolahan hari ini dan seramai 416,008 pelajar dan murid merangkumi darjah satu hingga tingkatan enam direkodkan bagi sesi 2024/ 2025 di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan