Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan jumlah pekerja asing secara drastik menerusi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto Envato.

Parlimen: RMK13 sasar kurangkan pekerja asing secara drastik

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kerajaan menyasarkan jumlah pekerja asing dalam negara akan dikurangkan secara drastik menerusi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sekiranya negara terus bergantung kepada pekerja asing yang dianggarkan berjumlah sekitar 3.5 juta orang, ia akan mewujudkan kumpulan yang menawarkan perkhidmatan pada kos yang lebih murah sehingga menjejaskan peniaga tempatan.

Jelas Rafizi, ke arah menjayakan perkara itu, ia memerlukan dasar serta kerjasama industri.

“Setiap kali pentadbir (kerajaan) sebelum ini ingin mengurangkan pekerja asing, ia akan mendapatan bantahan.

“Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada April ini akan membincangkan mekanisme khusus untuk kurangkan pekerja asing secara berkala.

“RMK13 tahun depan akan letakkan sasaran pengurang pekerja asing yang lebih drastik, saya sebut di Parlimen hari ini supaya industri dan ekonomi kita bersedia lebih awal,” katanya di sini hari ini.

Rafizi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang ingin tahu mekanisme kerajaan untuk mengatasi pengusaha asing khususnya dari Bangladesh yang menawarkan perkhidmatan pada kos yang lebih murah sehingga dikhuatiri menjejaskan peluang graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sementara itu, Rafizi berkata, kerajaan akan membentangkan Akta Anti Ali Baba bagi menghalang rakyat tempatan ‘menyewakan’ lesen perniagaan mereka kepada peniaga asing.

“Sebahagian sebab kenapa berlaku fenomena ini ialah kerana penduduk tempatan sendiri yang sewa atau beri lesen perniagaan mereka (kepada warga asing) kerana lebih gemar dapat RM3,000 , RM4,000 sebulan.

“Buat masa sekarang kita tidak memiliki undang – undang kursus yang boleh ambil tindakan kepada penduduk tempatan (sehingga) fenomena ini bertambah,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan