Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha memperkasa TVET akan terus diangkat sebagai agenda nasional. Foto Envato.

Parlimen: KKDW laksana kajian tingkatkan elaun pelatih TVET

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan kajian tentang keperluan meningkatkan elaun bagi pelatih Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, kajian itu akan menitikberatkan kenaikan berdasarkan keperluan pelajar memandangkan pembiayaan pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Kementerian menyedari cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Justeru itu, keperluan peningkatan elaun ini akan dikaji mengikut keperluan memandangkan kerajaan telah membiayai pengajian penuh pelatih secara percuma,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rubiah menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional – Padang Serai) yang meminta kementerian menyatakan sama ada kerajaan boleh mempertimbangkan kenaikan elaun RM200 ke RM500 sebulan bagi menggalakkan lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang TVET.

Terdahulu Rubiah memaklumkan setakat ini pelajar TVET telah mengikuti lebih 700 program menerusi GiatMARA yang dijalankan sepenuh masa secara percuma selain 391 program jangka pendek untuk komuniti setempat.

“Daripada keseluruhan program ini, sebanyak 83 pusat GiatMARA yang memfokuskan kepada pembangunan kemahiran dan automotif dan selebihnya fokus latihan diberi meliputi kursus-kursus dalam bidang pramusaji, jahitan, pakaian, elektrikal dan lain-lain lagi,” jelasnya.

Bagi isu tenaga pengajar, Rubiah memaklumkan pihaknya juga telah melaksanakan banyak peningkatan kemahiran dan kemahiran semula antara MARA dan KKDW membabitkan kerjasama dengan lebih 200 agensi.

Rubiah mendedahkan menurut Sistem Kajian Pengesanan Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kebolehpasaran pelatih-pelatih GiatMARA mencatatkan rekod tinggi dengan 97.6 peratus untuk 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan