Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto Ahmad Zahid Hamidi (Twitter)

Manfaatkan Ramadan sebagai momentum perkukuh ukhuwah, pelihara perpaduan – TPM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam di Malaysia supaya memanfaatkan bulan Ramadan ini sebagai momentum untuk memperkukuh ukhuwah, memulihkan hubungan sesama insan dan memelihara perpaduan.

Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia bermula esok, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan yang terisi di dalamnya pelbagai nikmat untuk kita mengecap ketakwaan dan keampunan daripada Allah SWT.

“Dengan ucapan Ahlan wa sahlan… Marhaban ya Ramadan… Marilah kita sambut Ramadan dengan hati yang bersih, fikiran yang jernih dan amalan yang soleh.

“Semoga bulan Ramadan ini membawa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan bagi kita semua,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan