Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak semua lebih 200 acara dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak. Foto fail TVS

Lebih 200 acara diadakan di Sarawak pada tahun ini

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 11 Mac: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) telah meluluskan lebih 200 permohonan acara untuk diadakan sepanjang tahun 2024.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak semua acara berkenaan dapat disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan berikutan jumlah acara yang terlalu banyak.

“Acara-acara termasuk pembikinan filem, acara sukan, acara kebudayaan dan makanan yang tidak tersenarai (dalam kalendar).

“Tetapi kita akan adakan sidang media dari semasa ke semasa untuk memaklumkan maklumat terkini mengenai apa-apa (acara) yang kita (kementerian) luluskan yang mungkin tidak masuk dalam kalendar acara, kita akan senaraikan semuanya,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Quick Facts Book 2023 dan Calendar of Events 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai sasaran empat juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor berkata separuh daripada sasaran tersebut adalah tertumpu kepada pelancong-pelancong domestik.

“Daripada jumlah empat juta sasaran pelancong tersebut, 50 peratus daripadanya adalah domestik dan selebihnya adalah pelancong luar negara yang datang ke Sarawak. Tetapi untuk kedudukan tiga teratas bagi pelancong luar, itu adalah dari negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura dan Brunei dan kalau kita lihat warga Indonesia, kebanyakannya tertumpu kepada pelancongan perubatan.

“Warga Singapura dan Indonesia kalau mereka datang ke sini adalah untuk melawat rakan taulan serta saudara-mara, dan kelapangan, lebih-lebih lagi warga Singapura datang untuk bercuti pada hujung minggu. Yang itu lebih kepada makanan kita serta budaya dan alam semula jadi,” jelas beliau.

Pada tahun lepas, Sarawak menerima kemasukan 3.9 juta pelawat – melebihi sasaran sebenar tahun berkenaan iaitu tiga juta orang.

Sasaran untuk tahun ini dinaikkan kepada empat juta orang susulan pencapaian positif tahun lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan