Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendengar taklimat mengenai projek jelapang padi oleh Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak di Stumbin Certified Paddy Seeds Production and Processing Centre (SPPS) Sri Aman, hari ini. Foto Luqman Muhammad (TVS)

Seluas 1,500 hektar tanah di Sri Aman dibangunkan bagi projek jelapang padi

ByLuqman Muhammad

SRI AMAN, 10 Mac: Seluas 1,500 hektar tanah di Bahagian Sri Aman akan dibangunkan bagi pelaksanaan projek penanaman padi dengan penggunaan teknologi baharu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tanah hak milik kerajaan akan digunakan untuk tujuan tersebut.

“Penanaman padi ini akan dilaksanakan dengan penggunaan teknologi baharu dengan harapan pemilik-pemilik tanah yang lain akan menggunakan model ini, supaya mereka boleh mencontohi penanaman padi cara baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat mengenai projek jelapang padi oleh Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak di Stumbin Certified Paddy Seeds Production and Processing Centre (SPPS) di sini, hari ini.

Katanya lagi, Sarawak terpaksa memberikan peruntukan yang besar dari sudut pengairan dan saliran.

“Peruntukan yang akan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM173 juta tidak mampu menampung keperluan pelaksanaan projek jelapang padi ini.

“Saya rasa ia tidak mencukupi, mahu tidak mahu Kerajaan Sarawak terpaksa memberikan peruntukan dengan harapan usaha ini akan memberikan pendapatan yang lebih kepada Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan