Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR giat melakukan operasi mencari mangsa yang masih belum dijumpai dałam insiden bot karam di Kapit iaitu Iskandar Ibrahim,28, yang merupakan anggota polis. Foto Bomba

Keluarga sahkan mayat Emerson John, 3 mangsa insiden bot karam sudah dijumpai

BySafri Ali

KAPIT, 10 Mac: Mayat yang dijumpai orang awam diperairan Batang Lebaan jam 12 tengah hari semalam disahkan salah seorang mangsa insiden bot karam di sungai Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, Jalan Melukun di sini.

Mayat Emerson John Nain,47, dibawa naik oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pengesahan dan telah dikenal pasti keluarga mangsa selepas pengecaman dilakukan di Hospital Sibu jam 12 tengah hari ini.

Dengan penemuan mayat itu menjadikan tiga mayat mangsa insiden bot karam sudah dijumpai setakat ini dan hanya tinggal seorang mangsa yang masih belum dijumpai iaitu Iskandar Zulkarnain Ibrahim,28, yang merupakan anggota polis.

Mayat Jack Balan,44, dijumpai di kawasan perairan Pulau Kerto, Sibu, jam 10 pagi manakala mayat seorang lagi mangsa iaitu Jonathan Lambet,51, yang merupakan anggota polis dijumpai lima kilometer dari lokasi bot karam jam 4.02 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timothy Barat berkata, operasi SAR yang memasuki hari keempat itu disambung semula hari ini bagi mencari mangsa terakhir.

“Pencarian dipermukaan air terbahagi kepada dua sektor radius pencarian lima kilometer.Sektor A radius pencarian dari Kapit ke lokasi kejadian dan Sektor B radius pencarian dari Kapit ke Song,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pencarian turut di bantu oleh Unit Drone Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang pencarian pasukan SAR di sektor A dan sektor B.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 5 petang Khamis, lima penumpang sebuah bot fiber dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit untuk membawa bahan letupan seberat 35kg dan detonator.

Dua daripada lima penumpang terbabit merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, manakala tiga lagi merupakan orang awam.

Apabila sampai di tempat kejadian bot yang dinaiki mangsa membelok sedikit ke kiri menghala ke hulu sungai dan terlanggar air sungai yang berpusar menyebabkan bot itu terbalik.

Seorang mangsa dikenali sebagai Moses Ngui berusia 47 tahun dapat diselamatkan orang awam manakala empat lagi hilang dibawa arus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan