Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zuriah Manan (kiri) dan Rohaini Matussin (kanan). Foto TVS

Ekspo Perniagaan luar Sarawak, peluang usahawan IKS promosi produk tempatan

BySalasiah Safian

KOTA KINABALU, 10 Mac: Ekspo Perniagaan yang dianjurkan di luar Sarawak dilihat mampu membuka peluang kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mempromosikan produk tempatan.

Menerusi tinjauan TVS Ekspo Makanan yang dianjurkan di Kota Kinabalu, Sabah usahawan Sarawak yang mengambil bahagian dalam ekspo tersebut menerima sambutan yang luar biasa terhadap produk jualan mereka.

Menurut Rohaini Matussin, sambal ikan tahai yang dibawanya dari Kampung Awat-Awat, Lawas, habis terjual pada hari kedua ekspo tersebut.

“Saya bawa semua termasuk udang kering, udang salai, sate ikan, sate ikan bilis namun semua telah habis terjual.

“Sebab saya bawa balang dengan bungkus, untuk produk yang dibungkus, saya bawa dalam 30 hingga 40 bungkus dan untuk produk di dalam balang saya bawa dalam 20-30 balang. Kebetulan masa ini tidak banyak ikan tahai, sebab itu ia agak terhad,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi usahawan Sarawak Zuriah Manan berkata, melihat kepada sambutan yang diterima membuatkannya teruja untuk mempromosikan produknya.

Zuriah juga berharap agar pihak kerajaan dapat memberikan sokongan untuk mereka mengambil bahagian di dalam ekspo-ekspo seperti ini.

“Jika dapat, memang baguslah supaya para usahawan yang belum pernah pergi dapat mencuba untuk menyertai ekspo yang ada, dan bukan hanya di Sabah sahaja malah di seluruh Malaysia.

“Di sini, gerai ditaja oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) untuk kesemua Sarawak Pavilion. Selainnya ditanggung sendiri dan ada juga yang ditaja oleh pihak agensi seperti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC),” ujarnya.

Terdapat 300 gerai meliputi pemain industri makanan dan minuman dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina dibuka di Ekspo Makanan yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan