Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir berucap di Majlis Perasmian Penanguhan Festival Layang-Layang Sedunia Kabong (KIKF) 2024 di Dewan Pantai Tanjung Kembang hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

BDDA lulus naik taraf prasarana dan infrastruktur Pantai Tanjung Kembang bernilai RM23 juta

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KABONG, 10 Mac: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) telah meluluskan tiga projek baharu bagi menaik taraf prasarana dan infrastruktur Pantai Tanjung Kembang di Kabong yang menelan kos sejumlah RM23 juta.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, jawatankuasa kerja baharu iaitu sektor pembangunan pelancongan dan persekitaran telah ditubuhkan di bawah agensi berkenaan dan beliau dipertanggungjawabkan untuk menjaga jawatankuasa tersebut.

“Saya ingin berterima kasih kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengerusi BDDA kerana telah meluluskan tiga projek untuk membangunkan Pantai Tanjung Kembang, Kabong yang bernilai RM23 juta.

“Antara projek tersebut ialah pembinaan tempat makan dan tempat penginapan baharu bernilai RM12 juta serta menaik taraf fasiliti sedia ada di Pantai Tanjung Kembang berjumlah RM10 juta.

“Di samping itu, kita juga telah mendengar keluhan rakyat mengenai tempat letak kereta di sini yang tidak mencukupi maka dalam masa jangka pendek, Alhamdulillah, dana yang diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah itu adalah sebanyak RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penangguhan Festival Layang-Layang Sedunia Kabong (KIKF) 2024 di Dewan Pantai Tanjung Kembang, di sini, hari ini.

Sebanyak 39 buah negara termasuk Malaysia melibatkan 105 orang peserta telah mengambil bahagian dalam KIKF 2024 yang dianjurkan sejak 5 Mac lepas hingga hari ini.

Pada edisi kali ini, dedahnya, peserta paling tua merupakan umur 80 tahun manakala peserta paling muda berada dalam lingkungan 20-an.

Penganjuran KIKF yang pertama telah diadakan pada 2018 dan berjaya menarik peserta dari 10 negara manakala penganjuran kali kedua pada 2019 pula telah berjaya menarik peserta dari 30 negara.

Namun demikian kata Mohd Chee, pada tahun 2020, 2021 dan 2022 festival ini telah ditangguhkan akibat penularan pandemik COVID-19.

Hadir pada majlis perasmian festival itu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Kesejahteraan Komuniti) Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam, Ahli Dewan Negara, Pele Peter Tinggom, dan Residen Betong, Richard Michael Abunawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan