Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Tiong King Sing (tengah) menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pengamal media yang hadir pada Malam Media MOTAC di Bandar Sunway malam tadi. Foto Firdaus Ismail (TVS).

Sektor pelancongan mampu jadi salah satu penyumbang ekonomi negara

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajaan melihat sektor pelancongan mampu menjadi salah satu penyumbang ekonomi dalam keadaan negara berdepan pelbagai cabaran.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, ini secara tidak langsung menyebabkan warga kementerian itu perlu bekerja keras untuk mencapai hasrat berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, sokongan padu seluruh masyarakat termasuk media diperlukan untuk melonjakkan sektor itu.

“Ini beri gambaran (kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing) beliau kena kerja kuat untuk pastikan tindakan boleh dilaksanakan dan itu yang menyebabkan sedikit tekanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media dan Warisan MOTAC di Bandar Sunway di sini malam tadi yang turut dihadiri King Sing.

Hampir 1,000 orang terdiri daripada pengamal media, warga MOTAC dan rakan strategik kementerian itu.

Sementara itu, Khairul Firdaus turut berkongsi pengalaman beliau bekerja dengan King Sing di MOTAC sejak lebih setahun lepas.

Secara berseloroh, Khairul Firdaus berkata, beliau diberi mandat oleh King Sing untuk berucap pada malam ini berikutan ‘bosnya’ itu sudah cukup popular kebelakangan ini.

“Bulan pertama saya tidak faham apa yang beliau mahukan dan begitu juga bulan seterusnya.

“Hanya pada bulan ketiga baharulah saya mula mendapat rentak.

“Apa yang saya perhatikan, Datuk Seri seorang yang tidak banyak bercakap namun dia seorang result oriented leader, beliau mahu setiap kerja dilakukan dengan cepat untuk kebaikan sektor pelancongan,” katanya.

Sementara itu beliau menambah, kerajaan bukan sekadar mahu pelancongan datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan negara sebaliknya ‘memikat’ mereka untuk kembali ke negara ini.

“Kita juga mahu mereka (pelancong) memahami apa Malaysia, itulah sebenarnya yang kita mahu jual,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan