Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa insiden bot Karam di Kapit yang ditemui hari ini. Foto: Polis

Dua mangsa insiden bot karam di Kapit ditemukan, dua lagi masih hilang

BySafri Ali

KAPIT, 9 Mac: Dua mayat mangsa insiden bot karam di sungai Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, Jalan Melukun di sini, ditemukan hari ini.

Mayat Jack Balan,44, dijumpai di kawasan perairan Pulau Kerto, Sibu, jam 10 pagi manakala mayat seorang lagi mangsa iaitu Jonathan Lambet,51, yang merupakan anggota polis dijumpai lima kilometer dari lokasi bot karam jam 4.02 petang.

Dengan penemuan dua mayat insiden bot karam itu dua lagi mangsa yang masih hilang masih belum ditemukan iaitu Iskandar Ibrahim,28, juga anggota polis dan Amerson John Nain,47.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timothy Barat berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dimulakan pada jam 8.15 pagi tadi dengan operași pencarian terbahagi kepada tiga pasukan.

“Kumpulan SAR satu yang terdiri daripada bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pencarian di air di sekitar lokasi kejadian sehingga ke Pasar Kapit dalam radius lima kilometer.

“Kumpulan SAR dua yang terdiri daripada pihak Lembaga Sungai Sarawak (LSS) membuat pencarian di hulu sungai bersama tiga bot dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan air di sepanjang sungai dari Pasar Kapit hingga Song manakala kumpulan SAR dari BBP Song melakukan pencarian di permukaan air menggunakan sebuah bot penyelamat bermula dari kawasan Sebatu sehingga ke Ngemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR ditangguhkan jam 6 petang ini dan operasi mencari dua lagi mangsa akan disambung semula esok hari.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 5 petang Khamis, lima penumpang sebuah bot fiber dalam perjalanan dari Kuching ke Nanga Tulie, Kapit untuk membawa bahan letupan seberat 35kg dan detonator.

Dua daripada lima penumpang terbabit merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, manakala tiga lagi merupakan orang awam.

Apabila sampai di tempat kejadian bot yang dinaiki mangsa membelok sedikit ke kiri menghala ke hulu sungai dan terlanggar air sungai yang berpusar menyebabkan bot itu terbalik.

Seorang mangsa dikenali sebagai Moses Ngui berusia 47 tahun dapat diselamatkan orang awam manakala empat lagi hilang dibawa arus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan