Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi yang dijalankan pihak Imigresen malam tadi menyaksikan 20 orang lelaki, 14 wanita, 24 bayi dan kanak-kanak ditahan. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS)

24 bayi dan kanak-kanak antara PATI ditahan Imigresen dalam Ops Sapu di Miri

ByOdleen Catherny

MIRI, 9 Mac: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak (JIMS) telah berjaya menahan seramai 58 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Sulu dan Indonesia dalam Ops Sapu di sekitar bandaraya Miri malam tadi.

Pengarahnya, Abdul Halim Abang Naili berkata, mereka yang ditahan dalam operasi yang dijalankan jam 12.15 tengah malam itu  terdiri daripada 20 orang lelaki, 14 wanita, 24 bayi dan kanak-kanak.

“Operasi ini berjaya kita jalankan hasil daripada risikan Bahagian Penguatkuasaan JIMS keberadaan warganegara asing di lokasi-lokasi tertentu. Hasil semakan awal, kami mendapati bahawa mereka yang ditahan adalah terdiri daripada bangsa Sulu dan Indonesia.

“Seramai 24 bayi dan kanak-kanak yang ditahan berumur antara 11 bulan hingga 12 tahun,” katanya ketika mengadakan sidang media selepas operasi itu dijalankan.

Katanya, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bekenu, Miri
untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

“Operasi ini telah dijayakan dengan kekuatan seramai 60 orang pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan