Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pencipta komik terkenal Dragon Ball, Akira Toriyama, meninggal dunia pada usia 68 tahun. Foto AFP

Pencipta komik Dragon Ball, Akira Toriyama meninggal dunia

ByAhmad Azlan Shah

TOKYO, 8 Mac: Pencipta komik terkenal Dragon Ball, Akira Toriyama, meninggal dunia pada usia 68 tahun dan dikebumikan hari ini.

Menurut akaun rasmi X francais Dragon Ball, Toriyama meninggal dunia pada 1 Mac kerana ‘haematoma subdural akut’ atau pendarahan berhampiran otak.

“Kami amat kesal kerana beliau masih mempunyai beberapa karya di dalam proses penciptaan.

“Beliau mempunyai banyak lagi perkara hendak dicapai. Bagaimanapun, beliau telah meninggalkan banyak karya seni,” menurut Bird Studio Toriyama.

Tambahnya lagi, mereka berharap karya Toriyama yang unik akan terus digemari semua orang untuk masa yang lama.

Pihak penerbitan Shueisha yang terkenal dengan majalah Shonen Jump berkata mereka “sangat sedih dengan berita kematiannya yang mengejut”.

Manakala, pencipta komik One Piece Eiichiro Oda berkata dalam satu kenyataan bahawa kematian Toriyama adalah “terlalu cepat” dan meninggalkan “kasut terlalu besar untuk diisi”.

“Memikirkan saya tidak akan berjumpa dengannya lagi… Saya rasa amat sedih,” kata Oda.

Dragon Ball, julung kali muncul pada tahun 1984 dalam majalah mingguan Shonen Jump, kemudiannya diterjemahkan dan diterbitkan secara global.

Toriyama juga terkenal dengan komik komedinya ‘Dr Slump’ pada awal 1980-an apabila dia mencipta Dragon Ball yang katanya diilhamkan dari filem kung fu Cina. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan