Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Op carilamat empat mangsa bot karam di Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh, petang semalam diteruskan pagi ini. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Op carilamat empat mangsa bot karam di Batang Baleh diteruskan pagi ini

KAPIT, 8 Mac: Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) empat mangsa bot karam di Batang Baleh, berdekatan jeti Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh, petang semalam diteruskan pagi ini.

Mereka yang masih dicari, dua anggota polis, Sarjan Jonathan Lambet dari cawangan Kebajikan dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari cawangan Persenjataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit, manakala dua orang awam Amerson John Nain dan Jack Balan.

“Operasi pencarian terbahagi kepada dua pasukan, satu pasukan diketuai polis bersama pegawai dari Pejabat Residen dan ahli keluarga mangsa menggunakan bot membuat pencarian di hilir sungai.

“Pasukan kedua terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak membuat pencarian di hulu sungai menggunakan tiga bot dengan menggunakan menggunakan teknik ‘water Surface searching’ dan radius pencarian dianggarkan lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Air sungai yang mengalir deras menyukarkan operasi carilamat,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi kenyataan, hari ini.

“Menurut saksi yang melihatkan kejadian tersebut, ia berlaku sekitar jam 5.00 petang di mana seramai lima penumpang menaiki bot fiber (dilengkapi enjin sangkut) 30 kuasa kuda, semasa kejadian berlaku,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba telah membuat penilaian awal kawasan lokasi, serta mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terselamat dan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Pasukan bomba membuat pencarian di permukaan air dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat. Oleh kerana arus kuat dan keadaan beransur gelap, operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung pada esok hari,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata seorang mangsa dalam insiden itu berjaya diselamatkan orang awam dikenali sebagai Moses Ngui.

“Semasa di tempat kejadian, bot yang dinaiki mereka sedang membelok ke kiri sedikt menuju ke hulu sungai dan telah merempuh air yang berpusar menyebabkan bot dinaiki terbalik dan karam ke dalam sungai,” katanya.

“Siasatan awal mendapati kelima-lima penumpang telah bergerak dari jeti di SK Lepong Baleh menuju kem Nanga Tulie untuk menghantar bahan letupan.

“Insiden tersebut juga telah dilihat seorang pengawal keselamatan SK Lepong Baleh yang kemudian memaklumkan kepada Balai Polis Kapit,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan