Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nasir Kindang(kiri) dan Nur Syahiirah (kanan) ketika ditemui TVS pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Sarawak kali ke-63 di sini, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran pupuk masyarakat Islam hayati Al-Quran

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 8 Mac: Penduduk Limbang menzahirkan kesyukuran berikutan Bahagian itu dipilih menjadi tuan rumah kepada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak kali ke-63.

Rata-rata hadirin yang ditemui TVS menyifatkan penganjurannya dapat memupuk budaya mencintai dan mendekati Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam di bahagian itu.

Majlis Tilawah, Hafazan Al-Quran pupuk penghayatan Islam | TVS

Menurut Nasir Kindang, 56, menerusi penganjurannya, warga Limbang diharap dapat mendekati Al-Quran lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari lagi.

“Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran di Limbang ini memberi impak yang besar kepada penduduk di sini khususnya dalam kita hendak memberi motivasi kepada rakyat untuk menyantuni kitab suci itu.

“Selain daripada itu, ia merupakan platform bagi mengenali Islam dan memahami maksud Al-Quran,” katanya ketika ditemui TVS pada majlis itu di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi Nur Syahiirah Zainal,22 pula, menzahirkan keterujaan menghadiri majlis itu sejak hari pertama lagi bagi memenuhi impiannya melihat di depan mata perjalanan majlis itu.

“Saya pernah mengikuti majlis tilawah semasa sekolah rendah dan menengah, jadi memang teringin untuk melihat sendiri perjalanan atur cara majlis ini lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama Limbang menjadi tuan rumah,” katanya.

Seramai 45 peserta dari seluruh pelosok Sarawak mengambil bahagian pada tahun ini yang berlangsung di Dewan Suarah Limbang dari 6 hingga 9 Mac.

Pada hari ketiga, seramai sembilan qari dan qariah memperdengarkan bacaan mereka di hadapan juri dan hadirin yang hadir.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Johan qari dan qariah bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah, piala pusingan dan iringan serta sijil manakala bagi johan Hafazan Al-Quran kategori satu hingga 30 juzuk akan membawa pulang RM5,000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan