Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reruai pameran buah kurma AhmadTamar yang dibuka di Pasar Raya Farley di Kuching bermula 2 Mac lepas. Foto Awang Azmil (TVS)

Diiktiraf halal, AhmadTamar tawar kurma premium serendah RM1.70 sempena Ramadan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Mac: Lazimnya setiap kali Ramadan, buah kurma menjadi ‘pemanis mulut’ setiap umat Islam untuk berbuka terlebih dahulu sebelum menjamah juadah lain.

Melihat kepada potensi itu, syarikat pembekal dan pengedar buah kurma yang berpangkalan di Kuching, AhmadTamar mengorak langkah menawarkan buah kurma kualiti premium yang diimport dari negara timur tengah dengan harga jualan serendah RM1.70 bagi setiap 100 gram.

Diiktiraf halal, kurma AhmadTamar serendah RM1.70 | TVS

Ketua Pegawai Operasi AhmadTamar, Syarifah Nurfaizah Wan Manshor berkata, sempena Ramadan tahun ini, pihaknya membuka reruai pameran di dua Pasar Raya Farley masing-masing di Kuching dan Kota Samarahan bagi membolehkan pelanggan mendapatkan kurma berkualiti tinggi dengan harga yang murah dari pasaran.

Salah satu reruai pameran AhmadTamar yang dibuka di Pasar Raya Farley di Kuching bermula 2 Mac lepas. Foto Awang Azmil (TVS)

“Di dunia ini terdapat lebih 3,000 jenis buah kurma, tetapi tidak semua kurma kita suka makan. Mengambil kira cita rasa orang Malaysia, AhmadTamar hanya tawarkan pilihan kurma premium sahaja dengan kami mahu mendidik orang ramai untuk menyukai buah sunnah di makan itu.

“Antara yang ditawarkan ialah kurma Maryami, kurma Ajwa, kurma Rotab dan kurma besar sejuk dan istimewa untuk Ramadan kali ini, kita turut tawarkan kurma coklat.

“Kesemua kurma ini kita variasikan dengan pelbagai bungkusan dengan saiz hidangan yang berbeza. Harga bermula dari RM1.70 hingga RM13 bagi setiap 100 gram,” katanya ketika ditemui TVS di Pasar Raya Farley di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Syarifah berkata, kedua-dua reruai pameran itu dibuka bermula 2 Mac hingga minggu terakhir Ramadan dengan lapan jenis buah kurma yang diimport dari negara Iran, Arab Saudi, Mesir dan Tunisia ditawarkan kepada pelanggan bermula dari jam 8 pagi sehingga 9.30 malam.

Syarifah menambah, pihaknya turut memberikan jaminan atau waranti membabitkan produk rosak bagi setiap pembelian dengan pelanggan akan digantikan dengan buah kurma yang baharu.

Selain itu, Syarifah berkata, pihaknya turut menawarkan Kurma Grab 2GO dalam paket kecil yang sesuai bagi mereka yang mahu bersedekah dan menginfakkannya kepada golongan kurang berkemampuan pada bulan yang mulia itu nanti.

“Untuk dapatkan produk AhmadTamar, kami menjual ia secara dalam talian dan bersemuka bukan sahaja di seluruh Sarawak, tetapi di Semenanjung Malaysia dan Singapura juga pelanggan boleh mendapatkannya dengan menghubungi ejen berdaftar kita atau berkunjung ke mana-mana cawangan Pasar raya Choice & Farley berdekatan.

“Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman web rasmi kami iaitu https://ahmadtamar.com/ atau hubungi hotline +60178787835 untuk berhubung dengan pegawai jualan kami,” katanya.

Untuk rekod, AhmadTamar merupakan syarikat milikan bersama anak Sarawak iaitu Syarifah Nurfaizah yang ditubuhkan pada 2017 dan ia mempunyai pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan