Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselematan (ICQS) Sungai Tujoh, Miri. Foto Salasiah Safian (TVS)

Sarawak peruntuk RM4 juta, tambah baik ICQS Sungai Tujoh, Miri – Abang Johari

BySalasiah Safian

MIRI, 7 Mac: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4 juta untuk menambah baik kemudahan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselematan (ICQS) Sungai Tujoh, Miri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dana berkenaan disediakan bagi menambah baik fasiliti selain mengurangkan kesesakan di Kompleks ICQS tersebut.

“Nampaknya jumlah pengunjung sememangnya bertambah dan sebab itu pihak agensi di sini memerlukan pembaharuan secara interim, sementara menunggu projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13.

“Kita di Sarawak kita rasa bertanggungjawab untuk memudahkan pergerakan dari Brunei ke Sarawak dan secara interimnya mereka berkehendakkan dana supaya mereka dapat memperbaiki saluran untuk mereka yang datang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujoh, Miri pada Khamis.

Abang Johari mengakui pertambahan jumlah pelancong yang datang ke Malaysia melalui Brunei Darussalam juga menjadi antara faktor utama kesesakan yang dihadapi di ICQS terbabit.

Untuk rekod, setiap minggu lebih 10,000 pelawat akan menggunakan ICQS tersebut atas pelbagai urusan.

“Sudah ada tanda bahawa orang Jepun dan Korea dia menggunakan Royal Brunei Airlines (RBA) dan mereka melawat Brunei dan terus melawat ke Sarawak dan sebab itu kita terpaksa melihat kemudahan yang ada di sini.

“Satu saluran akan dikhaskan untuk pelancong luar yang datang ke Sarawak menerusi Brunei termasuk orang Brunei. Ini yang saya maksudkan untuk kita mewujudkan saluran khas bagi pelancong asing dan satu untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan