Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kanser Kolorektal di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada Khamis. Foto TVS.

Sarawak masih tawar kepada Persekutuan RM1 bilion untuk bina Pusat Kanser Sarawak – Dr Sim

KUCHING, 7 Mac: Kerajaan Sarawak masih menawarkan dana RM1 bilion kepada projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak sebagai opsyen kewangan, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim mendedahkan perkembangan terkini projek itu adalah di peringkat rundingan berkaitan pengurusan kewangan dan pentadbiran.

Sehubungan itu, Dr Sim menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak mahu projek berkenaan bakal menjadi pusat dan hospital pakar yang berkualiti agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Isnin lalu saya memberitahu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan kini dalam peringkat perbincangan bersama Perdana Menteri tentang perkara itu untuk membincangkan tentang opsyen kewangan bagi projek berkenaan.

“Untuk membina hospital itu kita bergantung kepada berapa banyak katil dan bergantung pada jenis peralatan yang kita mahu ada tetapi jika kita diberi peluang sekali seumur hidup kita mahu yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikiam semasa ditemui media selepas Perasmian Kempen Kesedaran Kanser Kolorektal di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada Khamis.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak bersedia membina sebuah pusat kanser dengan dana negeri menjelang akhir 2023 sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Kerajaan negeri kata beliau akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak bagi akan membina bangunan yang menelan kos sekitar RM800 juta, manakala Kerajaan Persekutuan menyediakan tenaga pakar dan peralatan diperlukan oleh pusat berkenaan.

Pusat kanser itu penting ujarnya kerana ia akan menyumbang kepada penjagaan kesihatan penduduk Sarawak dan memenuhi keperluan pesakit kanser dari Sabah dan negara jiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan